Kenduri Doa Selamat

En Hubby tidak bekerja hari ini. Peluang diambil untuk ke rumah kawan baik En Hubby di Temerloh yang buat kenduri doa selamat sempena rumah baru.Kami bertolak dari rumah jam 1 tengahari. Keadaan jem teruk menyebabkan kami sampai pukul 4.30 ptg di Taman Temerloh Jaya. Memang apabila sampai terus makan kerana kelaparan yang amat.Sepanjang perjalanan kami tidak singgah makan di mana-mana kedai makan. Menu utama di tempat kenduri adalah ikan patin masak tempoyak yang famous di Temerloh. Memang agak menyelerakan makan nasi dengan lauk sebegitu ditambah pula dengan kami yang memang kelaparan.

Selesai makan kami bersembang-sembang. Kawan En Hubby pun seperti kami masih belum mempunyai anak lagi. Aku ambil kesempatan meninjau keadaan di dalam rumah dan persekitaran luar rumah (macam penyibuk plak aku ni sekali pikir). Tapi apa salahnya kan untuk dapatkan idea mana tau nanti rezeki memiliki rumah sendiri lepas ini. Kawan En Hubby beria-ria mengajak kami bermalam di rumahnya tapi kami perlu balik malam tu jugak sebab esoknya kami ada urusan lain.

Kami gerak balik jam 9 malam dan sampai rumah jam 11 malam. Kesian En Hubby terpaksa memandu seorang. Aku teman En Hubby bersembang jela supaya dia tidak mengantuk

Teruja jugak melihat kawan baik En Hubby sudah memiliki rumah sendiri. Harap kami jugak suatu hari nanti diberikan rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...