Hari ini kami akan mula bercuti panjang sempena hujung tahun. Kebetulan di hujung tahun ni banyak cuti umum yang bersambung. Jadi peluang ini kami ambil untuk balik ke kampung halamanku di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kali terakhir kami balik adalah ketika cuti sempena Hari Raya Korban yang lalu. Kami akan berada di Kampung sehingga 3 Januari 2015 (macam setahun pulak ada kat kampung..huhu). Betapa rindunya pada kampung halaman bila lama tidak balik.
Kami bertolak pukul 7 pagi dari rumah. Sampai Tanjung Malim kami makan nasi lemak di medan selera dekat dengan UPSI. Kedai nasi lemak milik bekas jiran ibu mertua memang sedap. Lepas tu kami singgah rumah mertua sekejap untuk hantar kek coklat kukus yang aku buat. Ibu mertua pada masa tu tiada di rumah. Ibu mertua dan adik ipar bermalam di rumah adiknya yang tinggal di Lumut. Beliau pesan agar kami singgah di rumah untuk ambil ikan talang diberikan pada besannya. Setelah singgah di rumah mak mertua sekejap, kami bertolak ke KB. En Hubby memandu sepanjang perjalanan walaupun dia mengantuk sebab tidur lewat malam tadi. Kami biasa lalu ikut Simpang Pulai- Dabong. Kami biasa ikut situ dan jarang balik Kelate ikut highway Karak. En Hubby tak suka sangat.
Sarapan kami di Tg Malim
Kebetulan mengikut laluan Dabong, kami singgah rumah adik ke-3 aku yang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di situ. Adikku tinggal di kuarters guru. Tujuan kami singgah adalah untuk berjumpa dengan anak-anak buah dan adikku. Mereka baru balik semula ke Dabong setelah menghabiskan cuti persekolahan di rumah emak di KB.
Kek Coklat & Kek Oren Kukus |
Waktu kami sampai di rumah adikku jam 12 tengahari. Aku masak makan tengahari bersama-sama adik. Kami masak lauk yang simple sahaja sebab aku penat dan adik pulak mak buyong anak yang ke 4. En Hubby melayan anak-anak buah. En Hubby memang gemar layan kerenah budak-budak.
Setelah siap makan dan solat, kami meneruskan perjalanan. Puas adik ajak kami bermalam di rumah dia namun perasaan tidak sabar untuk sampai rumah emak menyebabkan kami menolak pelawaannya. Masa nak bertolak anak-anak saudara muncung sebab tak puas bersama kami. Yela jarang-jarang jumpa Cik Long dan Ayah Long.
Kami kemudian sempat lagi singgah di pasar Rantau Panjang. En Hubby macam kebiasaannya akan membeli jersi di situ. Aku pula beli kacang yang dipesan oleh mak buyung sorang lagi iaitu adik ke 2 aku. Insyallah tahu depan kami akan menerima pertambahan anak buah seramai 2 orang. Bulan lepas adik lelaki dapat first baby. Jadi jumlah anak buah tahun depan seramai 8 orang. huhu.. kalau kami plak dapat sepasang cukup 10 orang (tiba-tiba berangan pulak)..aamin mudah-mudahan..Lebih kurang sejam kami di situ, perjalanan diteruskan dan persinggahan terakhir adala di rumah adikku yang ke 2. Jumpa lagi anak-anak saudara untuk melepaskan rindu. Kami sampai rumah mak jam 8 lebih. Bersembang dengan mak, ayah dan nenek sekejap, makan malam dan kami masuk tidur kerana kepenatan sehari suntuk perjalanan.
****Perjalanan balik ke Kelate yang agak panjang dalam keadaan santai kerana banyak persinggahan namun menghiburkan hati.