Assalamualaikum
wbt..pemula bicara..lama sungguh rasenya aku tidak menulis di blog kesayangan ni..bukan
takat bersawang, berhabuk malahan rasanya dah naik berkulat..huhu..
Xtau
datang hantu rajuk ape yang menyebabkan aku lama x menjengah blog ini. hampir
setahun blog kesepian..Harap aku kembali bersemangat untuk menulis.
Baik
lah tanpa membuang masa lagi aku ingin kongsi kan cerita yang bakal merubah
seluruh kehidupan kami suami isteri suatu masa nanti.. insyaallah..
Sekian lama
kami menantikan detik2 ini..insyallah x lama lagi aku akan bergelar seorang
ibu. Pada masa ini aku sudah pun memiliki buku pink dan telah beberapa kali
check up di Klinik Kesihatan Ibu & Anak berdekatan dengan rumah.
Insyallah
aku bakal melahirkan permata hati pada penghujung bulan Julai nanti. Kandunganku
sekarang sudah 5 bulan lebih dan Alhamdulillah setakat hari ini keadaan bayi
sihat dan baik.
Jadi
biarlah blog ini medan aku pahatkan memori detik2 yang aku lalui sepanjang
meniti hari untuk bergelar seorang ibu. Aku harap diberi kekuatan untuk memahat
memori sebagai tanda kenangan suatu hari nanti.
Setelah
menamatkan rawatan di Klinik Produktif PPUM, aku lebih santai dan hanya redha
dengan ketetapan Allah swt. Waktu itu aku terfikir Allah mahu memberi kami
lebih banyak masa bersama dan melalui hari-hari dengan santainya.
Beberapa
bulan selepas rawatan tersebut ibu mertua ada memberikan aku sejenis krim hormone
untuk aku cuba. Rakan-rakan tempat kerjanya telah cuba dan memberikan kesan
positif. Namanya WDEC (Women Desire Essential Cream)…sesiapa yang nak tahu
pasal krim ni bleh google. Aku start pakai krim ni pada 21 October 2016. Nasib baik
aku pakai hari Sabtu (tak keje) sebab die punya healing proses buat aku pening
seharian. Jadi sepanjang hari aku berehat dan tidur je di rumah. En Hubby plak
keje aritu. 2-3 hari lepas pakai krim tu buat aku rasa segar dan mood rasa ok
je. Perasaan stress & emosi yang sebelum ni selalu je tak terkawal boleh
dikawal (bukan promote) tapi itu hakikat yang aku rasa. Banyak kelebihan dari
krim tu. Aku xpernah tertinggal pakai. Sehari 2 kali..pagi dan petang.
Hari-hari
yang dilalui tanpa rasa stress yang keterlaluan, kerja seperti biasa dan sehinggalah
pada bulan November 2016, Aku masih ingat tarikh tersebut iaitu 20/11/2016..setelah
period hampir seminggu lewat. Pada mulanya aku tidak menaruh sebarang harapan
walaupun period dah lewat. Pengalaman lalu banyak mengajar di mana setiap kali
period lambat, cek pregnancy test tapi hampa. Jadi kali ini aku relaks je. Niat
ati saje test, mesti xde ape2 ni. Awal pagi itu aku bangun awal, suami masih
tidur. Kebetulan nak buang air kecil aku bawak pregnancy test bersama. SEKALI
bila cek naik 2 line dengan terang..aku macam x percaya..YA ALLAH, betul ke apa
yg aku lihat atau pun aku bermimpi..aku terus berlari masuk bilik..En Hubby
yang nyenyak tidur aku kejutkan sambil tunjuk pregnancy test tersebut. Dia yang
mamai bangun tidur tengok pregnancy test tu macam xde perasaan..kelakar pun ada
time tu..huhu.. boleh dia tanya aku balik kenapa..Biase la tengah mamai..
Aku
terus whatups adik kat kampong bertanyakan pada orang berpengalaman. Setelah dapat
respons positif dan berkongsi kegembiaraan dengan adik, baru la suamiku pulak
gembira tak terkata..huhu
Tapi
pengalaman aku keguguran tahun 2015 menyebabkan aku sentiasa berhati-hati dan
tidak mahu terlalu gembira. Sehingga aku bercerita lagi mengenai fasa alahan
yang aku alami…
Assalamualaikum
& salam sayang…
No comments:
Post a Comment