Cabaran Rutin Check Up

Hari ni check up bulanan di Klinik Kesihatan Taman Medan.
Sepatutnya check up ni pada 24 April lagi tapi disebabkan tarikh tersebut jatuh pada cuti umum pertabalan duli yang Maha Mulia Dli Yang Di Pertuan Agung..So kene tunda ke tarikh lain..Jadi tarikh yang free adalah pada hari ini.

Seawal jam 7 pagi aku dah menunggu..Dah ade orang berbaris pun mase sampai padahal jam 8 pagi klinik mula beroperasi..

Memang orang kat klinik ni ramai yang amat..
Aku pun turut berbaris..jam 7.55 pagi mula minum air gula..Ini kali kedua-kedua minum air gula..Rasenye sangat manis dari kali pertama minum..Cuba tahan walaupun berada jugak rasenye..Huhu..

Sebelum minum air gula, kene amik darah dulu.

Selepas itu pemeriksaan biasa..cek air kencing, Cek perut,denyutan jantung bayi,tekanan darah ibu..
Lbh krg kul 9 lebih amik darah lagi..Jadi kedua2 lengan kene cucuk..huhu
Sekali lagi kene cucuk kancing gigi kat bahu..Sakit jugak lah..
Siap jam 11 pagi walaupun orang tersangat ramai sampai tak cukup tempat duduk..
Dalam pada itu ada jugak lah kaum jantan yang gagah perkasa ni selamba duduk kat kerusi sehinggakan ibu2 mengandung ramai yang tak cukup tempat duduk terpaksa berdiri..Sungguh xde kesedaran civic langsung..
2 minggu lagi kene datang check up kat klinik ni lagi..Dan bermula la pengiraan gerakan👦 dalam kandungan...

Sabar Itu Indah

Tiba-tiba rasa nak berkongsi apa yang aku rasa pada entry kali ini...
Berkat kesabaran Allah akan berikan yang terbaik untuk hamba Nya..
Rentetan peristiwa yg membuatkan aku terfikir sesungguhnya Allah Maha Adil..Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuan hamba itu.
Jika aku renung kembali..
Tahun 2015, aku telah keguguran menyebabkan perasaan tersangat sedih...Tapi lama kelamaan aku redha & yakin dengan kuasa Allah..
Tahun 2016, Allah gantikan dengan rezeki aku dapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) sepanjang 9 tahun perkhidmatan sbg penjawat awam..Sungguh aku xpercaya sbb ramai lagi rakan sejawat yg lebih layak..Tapi itu lah rezeki yang Allah dah tetapkan..
Penghujung tahun yang sama aku dikejutkan dgn anugerah terindah ini..Sesungguhnya Allah telah mengatur yang terbaik untuk hambaNya..
Nasihatku jangan pernah berhenti berharap hanya pada Allah SWT..Yakin sentiasa pada Allah..
Semoga aku sentiasa diberikan kesabaran dalam menghadapi setiap halangan dan cabaran dalam hidup ini...

Anniversary ke 5

Assalamualaikum semua..
Kepada yang mengikuti blog ku ini (ade orang ikut ke..huhu..perasan je  lebih)..Takpe la kalo xde orang ikut pun xpe, blog ni sebenarnya lebih untuk menyimpan segala kenangan dan memori pahit manis yang dilalui dalam kehidupan...
Sejak kebelakangan ini banyak entry yang tersimpan rapi dalam draft..tunggu masa nak post..
Itu la kadang2 amik mood dulu untuk berbuat demikian...maklumla mood ibu mengandung asyik swing jer..
Kali ini aku nak berkongsi cerita berkenaan anniversary kami yang ke-5..cepat betul masa berlalu..dah 5 tahun kami berkahwin...huhu 

Ini juga cerita selepas beberapa hari aku tahu diri mengandung..Kebetulan majlis kawen adik ipar di rumah famili En Hubby pada 27 November tahun lepas..Adik ipar lelaki telah menamatkan zaman bujang..Malamnya sesi buka hadiah kawen dan adik ipar perempuan telah buat kejutan untuk aku dan En Hubby..
Majlis anniversary kami yang ke-5..Memang agak mengejutkan sebab pengantin baru dan pengantin lama (kami) dirai di kalangan saudara mara En Hubby sebelah emak mertuaku..
Adik ipar perempuan ( satu-satunya adik perempuan En Hubby) telah tempah kek dan bunga Ros untuk kami..Rasa terharu & gembira bercampur baur..Tambahan masa tu aku mula memasuki fasa alahan..

 Bunga ros ni memang sampai sekarang aku simpan..dah kering pun tapi sayang nak buang..

 Kek ni pun sedap...ramai dapat makan..

Itu jela cerita berkenaan anniversary kami yang ke 5 pada tahun lepas. Tiada sambutan yang luar biasa seperti kebiasaan tahun2 lepas. kami memang x beria sangat..tambahan pula tahun lepas aku dalam keadaan permulaan alahan. Insyaallah anniversary pada tahun ini bertiga..
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah..aamin..



Sweet Moment

Begini rupanya perasaan seorang bakal ibu..
Cepat sensitif..
Cepat sedih..
Cepat nak merajuk jika ada benda yang tak kena..

Pepun sentiasa fikir positif untuk melayan momen- momen indah ini...
Usia kandungan sudah memasuki 6 bulan..

👶 Semakin aktif dan ligat bermain-main dalam perut mamanya terutama waktu petang & malam..
Sampai rumah selepas balik kerja, biasanya mama akan solat asar & terus berbaring betulkan lenguh2 pinggang seharian duduk kat opis..
Dan waktu ini lah mama akan seronok melayan gelagat 👶...Sungguh indah..

Syukur Alhamdulillah nikmat Allah yang tidak terhingga...

Anugerah Terindah Buat Kami

Assalamualaikum wbt..pemula bicara..lama sungguh rasenya aku tidak menulis di blog kesayangan ni..bukan takat bersawang, berhabuk malahan rasanya dah naik berkulat..huhu..
Xtau datang hantu rajuk ape yang menyebabkan aku lama x menjengah blog ini. hampir setahun blog kesepian..Harap aku kembali bersemangat untuk menulis.
Baik lah tanpa membuang masa lagi aku ingin kongsi kan cerita yang bakal merubah seluruh kehidupan kami suami isteri suatu masa nanti.. insyaallah..
Sekian lama kami menantikan detik2 ini..insyallah x lama lagi aku akan bergelar seorang ibu. Pada masa ini aku sudah pun memiliki buku pink dan telah beberapa kali check up di Klinik Kesihatan Ibu & Anak berdekatan dengan rumah.
Insyallah aku bakal melahirkan permata hati pada penghujung bulan Julai nanti. Kandunganku sekarang sudah 5 bulan lebih dan Alhamdulillah setakat hari ini keadaan bayi sihat dan baik.
Jadi biarlah blog ini medan aku pahatkan memori detik2 yang aku lalui sepanjang meniti hari untuk bergelar seorang ibu. Aku harap diberi kekuatan untuk memahat memori sebagai tanda kenangan suatu hari nanti.
Setelah menamatkan rawatan di Klinik Produktif PPUM, aku lebih santai dan hanya redha dengan ketetapan Allah swt. Waktu itu aku terfikir Allah mahu memberi kami lebih banyak masa bersama dan melalui hari-hari dengan santainya.

Beberapa bulan selepas rawatan tersebut ibu mertua ada memberikan aku sejenis krim hormone untuk aku cuba. Rakan-rakan tempat kerjanya telah cuba dan memberikan kesan positif. Namanya WDEC (Women Desire Essential Cream)…sesiapa yang nak tahu pasal krim ni bleh google. Aku start pakai krim ni pada 21 October 2016. Nasib baik aku pakai hari Sabtu (tak keje) sebab die punya healing proses buat aku pening seharian. Jadi sepanjang hari aku berehat dan tidur je di rumah. En Hubby plak keje aritu. 2-3 hari lepas pakai krim tu buat aku rasa segar dan mood rasa ok je. Perasaan stress & emosi yang sebelum ni selalu je tak terkawal boleh dikawal (bukan promote) tapi itu hakikat yang aku rasa. Banyak kelebihan dari krim tu. Aku xpernah tertinggal pakai. Sehari 2 kali..pagi dan petang.


Hari-hari yang dilalui tanpa rasa stress yang keterlaluan, kerja seperti biasa dan sehinggalah pada bulan November 2016, Aku masih ingat tarikh tersebut iaitu 20/11/2016..setelah period hampir seminggu lewat. Pada mulanya aku tidak menaruh sebarang harapan walaupun period dah lewat. Pengalaman lalu banyak mengajar di mana setiap kali period lambat, cek pregnancy test tapi hampa. Jadi kali ini aku relaks je. Niat ati saje test, mesti xde ape2 ni. Awal pagi itu aku bangun awal, suami masih tidur. Kebetulan nak buang air kecil aku bawak pregnancy test bersama. SEKALI bila cek naik 2 line dengan terang..aku macam x percaya..YA ALLAH, betul ke apa yg aku lihat atau pun aku bermimpi..aku terus berlari masuk bilik..En Hubby yang nyenyak tidur aku kejutkan sambil tunjuk pregnancy test tersebut. Dia yang mamai bangun tidur tengok pregnancy test tu macam xde perasaan..kelakar pun ada time tu..huhu.. boleh dia tanya aku balik kenapa..Biase la tengah mamai..

Aku terus whatups adik kat kampong bertanyakan pada orang berpengalaman. Setelah dapat respons positif dan berkongsi kegembiaraan dengan adik, baru la suamiku pulak gembira tak terkata..huhu
Tapi pengalaman aku keguguran tahun 2015 menyebabkan aku sentiasa berhati-hati dan tidak mahu terlalu gembira. Sehingga aku bercerita lagi mengenai fasa alahan yang aku alami…
Assalamualaikum & salam sayang…

Mari Memasak

Ini bukan pertandingan memasak..huhu..jangan salah faham tau
Ini sebenarnya makanan yang dimasak oleh mak buyong sendiri setelah kembali pulih dari alahan selama beberapa bulan tidak dapat memasak.
Sepanjang alahan tersebut, sangat kesian kepada suami mak buyong sebab hari2 terpaksa beli makanan di kedai..huhu
Mak buyong share resepi kat sini untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang. Jom kita layan resepi ringkas mak buyong ini...


 Asam Pedas Ikan Kembung

*3 ekor ikan kembung (potong dua) 
* Bendi (letak banyak sebab suka)
* Daun kesum
* 1 batang serai diketuk
* Air asam jawa secukupnya
* Minyak untuk menumis
* Garam secukupnya

Bahan Kisar 
* Cili kering (guna yang dah sedia blend)
* Cili merah
* Bawang merah
* Bawang putih
* Belacan 

Cara Membuat : 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai, kacau hingga harum dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Masukkan daun kesum, garam dan ikan. Biarkan merenih dan ikan empuk, kemudian masukkan bendi. 

 Spageti Alio Oglio

* Spageti (ikut suka banyak mana)
* Telur ayam 1 biji
*Udang
*Carrot (dipotong memanjang)
* Daun saderi
* Kiub pati ayam
* Lada hitam(dikisar kasar)
* Isi ayam (potong kecil2)
* Bawang besar (potong dadu)
*Bawang putih (cincang halus)

Cara Membuat:
Rebus spageti bersama sedikit garam & mentega (untuk elakkan melekat). Masa merebus boleh dirujuk dipaket spageti. Apabila masak, toskan dan pecahkan sebiji telur. Kacau rata dan biarkan.
Dalam kuali yang lain, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam, kacau sehingga masak. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan lada hitam. Masukkan carrot. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Perasakan dengan garam dan kemudian masukkan spageti tadi. Kacau sekejap dan sedia dihidang.


 Puding Kastard Marble

* 10 gm serbuk agar2
* 2 cawan air
* 2 cawan susu segar
* 3/4 cawan gula
* 4 sudu besar tepung kastard
* 1 biji telur (dipukul sedikit)
* 3 sudu besar mentega
* secubit garam halus
*sedikit esen vanila
*1 sudu besar coklat emulco + 1/2 sudu kecil nescafe

 Cara Membuat :
Masak air dengan serbuk agar2 dan gula sehingga mendidih. Tepung kastard dibancuh dengan susu segar dan tuang ke dalam agar2 mendidih.Masak sehingga berbuih, masukkan telur dan mentega. Masukkan garam dan esen vanila. Tutup api. Bahagikan kepada 2 adunan sama banyak. Satu adunan bancuh dengan coklat emulco dan satu lagi adunan kosong. Selang selikan 2 adunan tersebut dalam satu acuan. Biarkan sejuk dan boleh dimasukkan dalam peti ais.

 Ketam Masak Cili

3 ekor ketam
sedikit cili boh / kisar  
1 batang serai diketuk
Garam secukupnya
Sos cili
sos tiram
Air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili Merah 

Cara Membuat :
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan cili boh/ cili kisar, serai. Masukkan sos tiram, sos cili dan air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan ketam, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang.


Kerang Rebus

Kerang yang telah dicuci bersih
Bawang merah (dihiris kecil)
2 batang serai (diketuk)

Cara Membuat :
 Masukkan semua bahan dalam kuali. Masukkan sedikit air dan garam. Tutup dengan tudung periuk. Masak selama 5 minit dan sedia dimakan.



Nota Kaki : Resepi2 ini bertujuan untuk rujukan buat diri sendiri pada masa akan datang.

Kuih dari Ubi Keledek

Kejadian ini berlaku dalam bulan 3 tapi baru nak post...biasa la mood baru mari..huhu
Selepas check up bulanan kt klinik kesihatan ibu & anak aritu..Terlintas nk mkn kuih cek mek ( kuih Kelate) yg berasaskan keledek dan berinti gula..
Ajak En Hubby cari keledek kat area rumah.. Kebetulan ade..Murah plak tu.. Sekilo RM4..Jadi xnak tamak haloba beli sekilo jela sebab makan berdua je pun..Bukan nk buat jual..teringin sangat nak makan kuih cek mek molek yang susah nak cari di sini..kalo kat Kelantan senang je nak cari. Orang Kelantan pagi-pagi suka makan kuih dan nasi..
Jom kita layan gambar di bawah dan harap abaikan kualiti gambarnya yang tak berapa cantik..Maklumlah guna handset cap ayam jer..huhu

Ini separuh yang direbus untuk buat 2 jenis kuih. Masih ada lagi baki yang tinggal. Berpada-pada buat sebab takut tak habis makan pulak. Nanti jadi membazir la pulak.



Kuih Cek Mek

Ini pulak kuih cek mek molek yang siap digentel..huhu..aku wat saiz kecik2 sebab senang nak makan dan nampak cute

Dah siap digoreng untuk minum petang



Kuih Keria

En Hubby sukakan kuih keria..jadi, buat jugak la kuih ini untuknya. Jadi satu adunan dapat 2 jenis kuih. Dapat banyak kali makan pulak tu.
Rasa nak ulang buat lagi kuih cek mek molek. Sangat senang dan sdap dimakan. Bila buat kuih ni teringat waktu kecik2, mula belajar buat dari nenek kat kampung...
Mungkin untuk entry akan datang aku akan kongsikan resepinya yang sangat simple...

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...