Ikan Bawal 3 Rasa Capsicum

Memandangkan stok capsicum dan tomato yang dibawa balik dari Cameron Highlands ada lagi dalam peti ais dan tidak mahu membazir, lauk malam ini adalah ikan bawal 3 rasa capsicum.
Disebabkan tidak mahu membazir dan si kecik yang tidak boleh dibiarkan lama-lama bermain, aku hanya sempat masak satu lauk sahaja. Masak kuantiti yang banyak dan ulang panas lauk tersebut untuk beberapa kali. Nasib En Hubby bukan jenis yang cepat jemu. Jika tidak jenuh jugak setiap hari masak lauk yang berlainan.
Lauk yang dimasak juga biasanya simple sahaja. En Hubby tidak kisah sebab tekaknya tidak boleh sentiasa makan kat kedai. Lebih suka makan kat rumah yang isterinya masak.

Makan malam ini pun lauk yang simple dan sesiapa pun boleh masak. Makan dengan nasi panas memang sedap.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal sederhana besar(potong 4)
Bawang merah besar 3 ulas
Bawang putih 4 ulas
(Bawang dikisar halus)
Sedikit halia dipotong memanjang
Capsicum sebiji setengah dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
Sos tiram
Sos cili
Cili kisar atau cili boh pun boleh jugak

Cara Memasak :
Ikan bawal dilumur garam kunyit dan digoreng separa garing. Ada sedikit tips,untuk elak ikan melekat pada kali, masukkan asam keping ke dalam minyak & goreng bersama. ( Petua yang diperoleh dari ini mertua)
Setelah siap ikan digoreng. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik bau dan kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar,kacau lagi.Masukkan sedikit air jika semakin kering.
Masukkan sos cili dan sos tiram. Kemudian masukkan tomato. Kacau lagi. Tambah air mengikut kesesuaian.
Masukkan capsicum, sedikit garam dan gula.
Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan ikan bawal yang telah digoreng.
Gaul sebati dan boleh dihidangkan.

Makan bersama nasi panas & ulam timun, memang kenyang.
Modal beli ikan tadi RM 12 tapi boleh makan 3 kali. Jimat dan puas hati berbanding makan di kedai.
Sekian untuk kali ini.
Ikan Bawal 3 Rasa Capsicum


No comments:

Post a Comment

Ceritaku

Kulit Cerah dan Berseri Dengan Produk Cosmoderm

Entry kali ini penulis ingin kongsikan isi hati yang telah jatuh cinta... huhuhu...dup dap dup dap hahaha... Bukan jatuh cinta kat oran...