Sunday, April 9, 2017

Mari Memasak

Ini bukan pertandingan memasak..huhu..jangan salah faham tau
Ini sebenarnya makanan yang dimasak oleh mak buyong sendiri setelah kembali pulih dari alahan selama beberapa bulan tidak dapat memasak.
Sepanjang alahan tersebut, sangat kesian kepada suami mak buyong sebab hari2 terpaksa beli makanan di kedai..huhu
Mak buyong share resepi kat sini untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang. Jom kita layan resepi ringkas mak buyong ini...


 Asam Pedas Ikan Kembung
 
*3 ekor ikan kembung (potong dua) 
* Bendi (letak banyak sebab suka)
* Daun kesum
* 1 batang serai diketuk
* Air asam jawa secukupnya
* Minyak untuk menumis
* Garam secukupnya

Bahan Kisar 
* Cili kering (guna yang dah sedia blend)
* Cili merah
* Bawang merah
* Bawang putih
* Belacan 

Cara Membuat : 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai, kacau hingga harum dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Masukkan daun kesum, garam dan ikan. Biarkan merenih dan ikan empuk, kemudian masukkan bendi. 

 Spageti Alio Oglio

* Spageti (ikut suka banyak mana)
* Telur ayam 1 biji
*Udang
*Carrot (dipotong memanjang)
* Daun saderi
* Kiub pati ayam
* Lada hitam(dikisar kasar)
* Isi ayam (potong kecil2)
* Bawang besar (potong dadu)
*Bawang putih (cincang halus)

Cara Membuat:
Rebus spageti bersama sedikit garam & mentega (untuk elakkan melekat). Masa merebus boleh dirujuk dipaket spageti. Apabila masak, toskan dan pecahkan sebiji telur. Kacau rata dan biarkan.
Dalam kuali yang lain, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam, kacau sehingga masak. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan lada hitam. Masukkan carrot. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Perasakan dengan garam dan kemudian masukkan spageti tadi. Kacau sekejap dan sedia dihidang.


 Puding Kastard Marble

* 10 gm serbuk agar2
* 2 cawan air
* 2 cawan susu segar
* 3/4 cawan gula
* 4 sudu besar tepung kastard
* 1 biji telur (dipukul sedikit)
* 3 sudu besar mentega
* secubit garam halus
*sedikit esen vanila
*1 sudu besar coklat emulco + 1/2 sudu kecil nescafe

 Cara Membuat :
Masak air dengan serbuk agar2 dan gula sehingga mendidih. Tepung kastard dibancuh dengan susu segar dan tuang ke dalam agar2 mendidih.Masak sehingga berbuih, masukkan telur dan mentega. Masukkan garam dan esen vanila. Tutup api. Bahagikan kepada 2 adunan sama banyak. Satu adunan bancuh dengan coklat emulco dan satu lagi adunan kosong. Selang selikan 2 adunan tersebut dalam satu acuan. Biarkan sejuk dan boleh dimasukkan dalam peti ais.


 Ketam Masak Cili

3 ekor ketam
sedikit cili boh / kisar  
1 batang serai diketuk
Garam secukupnya
Sos cili
sos tiram
Air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili Merah 

Cara Membuat :
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan cili boh/ cili kisar, serai. Masukkan sos tiram, sos cili dan air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan ketam, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang.


Kerang Rebus

Kerang yang telah dicuci bersih
Bawang merah (dihiris kecil)
2 batang serai (diketuk)

Cara Membuat :
 Masukkan semua bahan dalam kuali. Masukkan sedikit air dan garam. Tutup dengan tudung periuk. Masak selama 5 minit dan sedia dimakan.

 

Nota Kaki : Resepi2 ini bertujuan untuk rujukan buat diri sendiri pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment